Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi,
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana
aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya
dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusan-Nya.
Jika
bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah
manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan
kerana Hawa.
Buktinya
cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya.
Pun
jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi...
aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku
sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau
diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami
dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga
mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana
perginya keadilanmu?
Asalnya
Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku
keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki
sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih
dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah
sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam
boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika
kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau
punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,
nafsumu satu.
Aku?
Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh
itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa,
lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah
daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke
dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah
engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang Agung.
Maafkan
aku sekali lagi Adam...
Andainya
warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh
sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah
dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai
si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi
percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta...
tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas
dari Hawa abad ini..
-copy from iluvislam.com-